| |
Sudah bersedia untuk memandu kereta? Sebelum melepaskan brek dan terus menekan pedal, perhatikan tujuh langkah berjaga-jaga ini untuk memastikan keselamatan anda dan kereta terjamin.

Ingatkah keadaan di mana anda sedang tercari-cari kunci kereta dan tidak memerhatikan keadaan di sekeliling? Ia mungkin juga merupakan saat yang mudah untuk pencuri menangkap dan seterusnya mencuri kereta anda. |
Pastikan anda memerhatikan keadaan di sekeliling, mana tahu jika terdapat orang-orang yang pelik tingkahlakunya. Jika ada, terus masuk di dalam kereta yang berkunci atau pandulah ke tempat yang lebih ramai orang.

Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan berhampiran dengan tempat di mana ramai orang yang lalu lalang. Ini sedikit sebanyak menyukarkan usaha pencuri untuk mendapatkankan kereta anda.

Ingatkah anda dengan watak Dory di dalam filem animasi Nemo yang selalu lupa ke mana arah yang dia nak tuju? Jika anda merupakan seorang yang selalu lupa di mana anda letakkan kereta, ambillah gambar lot parking tersebut untuk memudahkan anda mengingat di mana anda letakkan kereta anda. |
 |
|

Pencuri kereta kini menggunakan kaedah baru untuk melakukan jenayah, yang dinamakan ‘jenayah kunci’. Jenayah kunci bermaksud mencuri kunci untuk mengaktifkan kereta. Pastikan anda menyimpan kunci di tempat yang selamat sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.

Untuk mengelakkan tingkap kenderaan anda dipecahkan atau lebih teruk lagi, kereta anda dicuri, jangan sesekali meninggalkan barangan berharga di dalam kereta terutamanya di tempat duduk depan ataupun belakang semasa anda meninggalkan kereta. Jika anda ada membawa komputer riba, cuba bawa ia sekali bersama anda, ataupun kuncikan ia di dalam bonet kereta. |
|
 | Pencuri juga kadangkala bertindak membaling batu bata ke tingkap di sebelah tempat duduk pemandu semata-mata untuk memecahkan tingkap dan mengambil beg tangan anda. Perkara sebegini selalu berlaku terutamanya semasa anda berhenti di lampu insyarat. Pastikan anda menyimpan semua beg anda di tempat yang tidak mudah dilihat contohnya di atas lantai kereta atau di bawah tempat duduk.

Pastikan pintu kereta anda sentiasa berkunci, tidak kira sama ada anda berada di jalan raya, lampu isyarat, ataupun semasa anda berhenti untuk membayar petrol.

Walaupun ianya hanya untuk berhenti ke tandas di stesen minyak atau hanya keluar sebentar untuk membeli barang, jangan sesekali tingalkan anak-anak anda tanpa pengawasan di dalam kereta. |
|
Pencuri dan perompak selalunya akan membawa sekali anak-anak anda yang berada di dalam kereta untuk dijadikan tebusan. Kanak-kanak juga lebih senang untuk lemas jika tingkap kenderaan tidak diturunkan. Ianya mungkin nampak remeh, tetapi ada nyawa yang akan terkorban jika ini diabaikan.
Demikianlah beberapa langkah-langkah mudah untuk menyelamatkan anda daripada bahaya. Bak kata pepatah ‘menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi |
|
|
0 comments:
Post a Comment