Thursday, December 9, 2010

KENAIKAN 4 DALAM 1

1 comments
4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi


Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Tuesday, November 30, 2010

TAK NAK..MEROKOK..

0 comments
BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol
Bahan Api
Nitrobenzena
Gasolin
Karbon Monoksida
Asap kereta
Butana
Cecair pemetik api
Raksa
Logam dalam jangkasuhu
Vinil Klorida
Bahan utama plastik
Toulena
Pelarut industri
Ammonia
Pencuci lantai
Arsenik
Racun tikus
Kadmium
Bahan utama bateri alkali
Stearik
Bahan utama dalam lilin
Sianida
Racun berbisa





ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

BERIKAN ANAK-ANAK ANDA KEHIDUPAN YANG SIHAT

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok ? Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

ASAP ROKOK BASI MEMUDARATKAN KANAK-KANAK
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagian kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
HUBUNGAN SEKS ANDA AKAN TERGANGGU
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
FIKIRKANLAH TENTANG PASANGAN ANDA

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10?12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut
KURANGKAN RISIKO ANDA MENDAPAT STROK
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
BERHENTI MEROKOK
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
ROKOK MENGAKIBATKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10?12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

SAYANGKAN JANTUNG ANDA
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
ROKOK MENGAKIBATKAN KANSER PARU-PARU

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

SELAMATKAN DIRI ANDA DARI KANSER PARU-PARU
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamtkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
KELUARGA ANDA DAN ORANG TERSAYANG

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok ? Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

BAHAYA DENGGI..

0 comments
DENGGI DAN KANAK-KANAK


Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam dan denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di negara ini. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini; di mana dalam minggu pertama tahun 2009 saja, terdapat 1,633 buah kes (termasuk empat kematian) yang telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan – 41 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya. Peningkatan kes denggi lebih ketara di negeri Perlis, Sabah, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Terengganu, Johor, Perak dan Kedah. 

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim? 

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini. Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik. 

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti? 

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: 
• demam; 
• hidung berair; 
• batuk; 
• ruam kulit yang ringan. 
Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: 
• demam panas; 
• sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi; 
• sakit kepala; 
• ruam kulit bertompok merah dan putih. 
Ini mungkin diikuti dengan: 
• kurang selera makan; 
• loya; 
• muntah; 
• gatal di tapak kaki; 
• rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh. 

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut? 

Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis. 

Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa. Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini? 

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut. Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim monsun apabila air hujan tidak dapat mengalir dengan baik. 

Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati. 

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk: 
• Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan. 
• Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap. 
• Pasang jaringan nyamuk pada tingkap. 
• Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba. 
• Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup. 

Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat. 


Tuesday, November 23, 2010

BE HEALTHY..

0 comments

KESELAMATAN UTK KERETA ANDA...

0 comments
Sudah bersedia untuk memandu kereta? Sebelum melepaskan brek dan terus menekan pedal, perhatikan tujuh langkah berjaga-jaga ini untuk memastikan keselamatan anda dan kereta terjamin.


Ingatkah keadaan di mana anda sedang tercari-cari kunci kereta dan tidak memerhatikan keadaan di sekeliling? Ia mungkin juga merupakan saat yang mudah untuk pencuri menangkap dan seterusnya mencuri kereta anda.

Pastikan anda memerhatikan keadaan di sekeliling, mana tahu jika terdapat orang-orang yang pelik tingkahlakunya. Jika ada, terus masuk di dalam kereta yang berkunci atau pandulah ke tempat yang lebih ramai orang.


Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan berhampiran dengan tempat di mana ramai orang yang lalu lalang. Ini sedikit sebanyak menyukarkan usaha pencuri untuk mendapatkankan kereta anda.


Ingatkah anda dengan watak Dory di dalam filem animasi Nemo yang selalu lupa ke mana arah yang dia nak tuju? Jika anda merupakan seorang yang selalu lupa di mana anda letakkan kereta, ambillah gambar lot parking tersebut untuk memudahkan anda mengingat di mana anda letakkan kereta anda.


Pencuri kereta kini menggunakan kaedah baru untuk melakukan jenayah, yang dinamakan ‘jenayah kunci’. Jenayah kunci bermaksud mencuri kunci untuk mengaktifkan kereta. Pastikan anda menyimpan kunci di tempat yang selamat sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.


Untuk mengelakkan tingkap kenderaan anda dipecahkan atau lebih teruk lagi, kereta anda dicuri, jangan sesekali meninggalkan barangan berharga di dalam kereta terutamanya di tempat duduk depan ataupun belakang semasa anda meninggalkan kereta. Jika anda ada membawa komputer riba, cuba bawa ia sekali bersama anda, ataupun kuncikan ia di dalam bonet kereta.
Pencuri juga kadangkala bertindak membaling batu bata ke tingkap di sebelah tempat duduk pemandu semata-mata untuk memecahkan tingkap dan mengambil beg tangan anda. Perkara sebegini selalu berlaku terutamanya semasa anda berhenti di lampu insyarat. Pastikan anda menyimpan semua beg anda di tempat yang tidak mudah dilihat contohnya di atas lantai kereta atau di bawah tempat duduk.


Pastikan pintu kereta anda sentiasa berkunci, tidak kira sama ada anda berada di jalan raya, lampu isyarat, ataupun semasa anda berhenti untuk membayar petrol.


Walaupun ianya hanya untuk berhenti ke tandas di stesen minyak atau hanya keluar sebentar untuk membeli barang, jangan sesekali tingalkan anak-anak anda tanpa pengawasan di dalam kereta.
Pencuri dan perompak selalunya akan membawa sekali anak-anak anda yang berada di dalam kereta untuk dijadikan tebusan. Kanak-kanak juga lebih senang untuk lemas jika tingkap kenderaan tidak diturunkan. Ianya mungkin nampak remeh, tetapi ada nyawa yang akan terkorban jika ini diabaikan.
Demikianlah beberapa langkah-langkah mudah untuk menyelamatkan anda daripada bahaya. Bak kata pepatah ‘menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi

KENDERAAN TERBAKAR MASA ISI MINYAK....??

0 comments
Pastikan enjin kenderaan dimatikan ketika mengisi minyak.. JANGAN guna telefon bimbit jgk masa isi minyak"

APA 'ACTION' KALAU KERETA TIBA-TIBA TERBAKAR :
- Jika sedang memandu, berhentikan kereta di sebelah kiri jalan atau di laluan kecemasan
- Matikan enjin kereta
- Segera keluar dari kereta
- Hubungi pihak bomba
- Jangan cuba padaM api yang sedang marak dengan alat pemadam api kerana alat pemadam api pada kereta terlalu kecil untuk memadam api yang sedang marak.



APAKAH PUNCA KERETA TERBAKAR :
- Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin
- Kebanyakan kebakaran kereta bukan disebabkan oleh kecacatan kejuruteraan – tetapi disebabkan oleh penyenggaraan yang lemah
- Tapi punca sebenar kebanyakan kereta terbakar tidaklah diketahui
- Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik
- Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering
- Puntung rokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta
- Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran

ABOUT RON 95

0 comments
Q.What is RON?
A.RON stands for Research Octane Number. It determines a petrol’s ‘anti knock’ quality or resistance
 to pre-ignition or detonation as it burns in the combustion chamber.

Q.What is engine knocking?
A.Knocking is an abnormal combustion and happens when fuel combusts prematurely before ignition.
 Prolonged or heavy engine knocking is damaging to the engine.
It also indicates a need for higher octane fuel.

Q.Is RON 95 suitable for my car?
A.Most vehicles can use RON 95 fuels. However, it is best to refer to your car’s manual or the back
of the petrol tank lid of your car for the recommended octane rating.
Alternatively, you could also check with your vehicle manufacturer or
with an authorized vehicle distributor.

Q.What is the minimum RON for my car?
A.Your vehicle manufacturer should specify the minimum octane level fuel recommendation.
This information is usually provided in your car manual or the back of the petrol tank lid of your car.

Q.Can I mix different octane fuel grades?
A.Yes. However, you should ensure that the fuel meets or exceeds the minimum RON
 required by your car engine.

Q.Can a higher octane fuel give me more power?
A.If you are already using the recommended octane fuel, you will not obtain added power
 from higher octane level.

Q.Does a lower octane fuel increase engine wear?
A.Not if you are meeting the octane requirement of the engine.

Q.How is PETRONAS PRIMAX 95 different from PETRONAS PRIMAX 3 fuel?
A.PETRONAS PRIMAX 3 is PETRONAS’ premium grade of unleaded motor gasoline that has an octane
 rating of 97. Our new PETRONAS PRIMAX 95 fuel brings to the market a RON 95 premium fuel
 option that meets the demand for greater fuel economy and efficiency.

Monday, November 22, 2010

PETRONAS - The Road To Reward

0 comments








Contest ends 15 February 2011.
*RM3 million worth of grand prizes and weekly prizes.
Terms & Conditions apply.







Punca Mata Rosak

0 comments


Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/09/26

Golongan perokok empat kali ganda berisiko alami masalah penglihatan

PERNAHKAH anda mengalami masalah penglihatan tengah yang kabur? Tidak cukup dengan itu, garisan yang lurus pula kelihatan bengkang-bengkok dan tidak lama selepas itu, anda mula menyedari anda cuma bergantung kepada penglihatan sisi.

Anda mungkin menyangka ia petanda mata sudah tua dan memerlukan kaca mata baru. Namun, berita lebih buruk, simptom itu adalah gejala makular iaitu kerosakan mata akibat penuaan (AMD). Biarpun ia tidak menyerang semua orang, apa yang lebih menakutkan masalah AMD ini tiada penawarnya.

Ada dua faktor yang menyebabkan AMD iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal. Faktor yang tidak boleh dikawal adalah genetik dan peningkatan usia manakala faktor yang boleh dikawal membabitkan tabiat merokok, pengambilan diet tidak seimbang selain masalah obesiti dan tidak bersenam.

Merokok memang sangat kerap dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan. Kajian mendapati golongan perokok mempunyai risiko diserang AMD sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Malah kes AMD dikesan antara dua hingga tiga kali ganda lebih banyak di kalangan perokok. Ringkasnya, lebih banyak merokok maka lebih besar risiko diserang AMD.

Pakar Bedah Mata, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif, berkata secara umumnya AMD adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Ia memusnahkan pandangan tengah mata dan menyebabkan pandangan anda tidak setajam dulu. Pandangan tengah mata diperlukan bagi membolehkan kita melihat objek dengan jelas. Antara tugas harian yang memerlukan penglihatan tengah mata adalah membaca dan memandu.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan AMD. Ini kerana AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Malah dalam sesetengah kes ia terjadi perlahan-lahan sehinggakan anda merasakan AMD itu sebahagian daripada perkara wajib apabila usia meningkat tua.

Namun, menurut bekas pensyarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada juga kes AMD berlaku dengan cepat dan menyebabkan penglihatan tengah kedua-dua belah mata terjejas.

“AMD lazimnya berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Walaupun ia bukanlah faktor yang boleh menyebabkan buta sepenuhnya tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.

“Satu ketika dulu, AMD dianggap penyakit orang barat tetapi kajian terbaru yang dikeluarkan Mei lalu mendedahkan orang Asia juga cenderung diserang AMD.

“Kajian di lima negara Asia iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India dan Singapura mengesahkan kekerapan orang Asia berhadapan dengan peringkat awal AMD ialah 6.8 peratus manakala AMD tahap akhir pula 0.56 peratus berbanding 8.8 peratus dan 0.59 peratus di barat. Kebanyakan mereka yang diserang AMD berusia antara 40 hingga 79 tahun,” katanya.

Ketua Pusat Penyelidikan Mata PPUM, Prof Madya Dr Fong Choong Sian, pula berkata, makular itu merujuk bahagian di tengah retina dan ia sejenis tisu yang sensitif pada cahaya dan terletak di belakang mata. Umumnya retina dengan pantas menukarkan cahaya atau imej kepada ‘impulse’ atau isyarat elektrik. Retina kemudian menghantar isyarat saraf itu ke otak.

Bagi kes AMD, sel yang rapuh itu rosak atau tidak lagi berfungsi. Ada dua jenis AMD yang dirujuk sebagai AMD Basah dan AMD Kering. AMD Basah terjadi apabila salur darah baru tumbuh di belakang retina dan disebabkan sifatnya yang rapuh, ia mudah berdarah atau tercalar yang menyebabkan penglihatan terjejas.

AMD Basah terjadi dengan cepat dan ada kalanya sebagai tidak balas pada rawatan peringkat awal. Dalam keseluruhan pesakit AMD, hanya 10 peratus saja yang dikesan dengan masalah ini.

Jelas Prof Fong, AMD Kering merujuk keadaan yang biasa dikesan di kalangan pesakit AMD. Ia berlaku perlahan-lahan hingga akhirnya pesakit hilang penglihatan tengah.

“Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan selepas penglihatan tengahnya kabur, apabila melihat sesuatu yang berwarna ia kelihatan kelabu atau luntur. Namun dalam kedua-dua jenis AMD ini ia boleh menjejaskan kedua-dua belah mata walaupun awalnya ia dikesan pada sebelah mata saja,” katanya.

Di Asia katanya, kebanyakan pesakit yang dikesan dengan AMD adalah mereka yang berhadapan dengan AMD Kering. Jelasnya lagi, AMD boleh diklasifikasikan pada tahap awal, pertengahan, tahap lanjutan non-neovaskular dan tahap lanjutan neovaskular.

“Bagi AMD peringkat awal, proses pesakit hilang penglihatan selalunya bermula agak perlahan dan tiada simptom. Namun ada juga kes AMD awal yang mempunyai gejala seperti penglihatan kabur, gagal menyesuaikan penglihatan dari tempat gelap ke tempat terang dan memerlukan cahaya lebih terang untuk membaca tulisan kecil,” katanya.

FAKTA: Tahap-tahap AMD

  • AMD awal - dicirikan dengan kehadiran sedikit lebihan putih atau kuning (drusen) pada membran mata atau pigmentasi pada retina.

  • AMD pertengahan - dicirikan dengan sekurang-kurangnya gumpalan putih atau kuning yang besar dan pelbagai saiz.
    iii) AMD peringkat lanjutan bukan neovaskular (pembuluh darah liar) dan neovaskular. Bukan neovaskular membabitkan kes-kes AMD yang kering manakala neovaskular membabitkan AMD basah.

  • AMD tahap lanjutan neovaskular dicirikan dengan lebihan kuning atau putih di tengah makular.

    Faktor risiko yang tidak boleh dikawal

  • Genetik 

  • Umur

    Faktor boleh dikawal

  • Merokok 

  • Nutrisi, diet yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan lebih plak lemak berada dalam salur makular yang menjejaskan aliran darah dan meningkatkan risiko AMD

  • Hipertensi atau tekanan darah tinggi

  • Obesiti dan tidak bersenam

  • Pendedahan pada cahaya matahari

    Rawatan

  • Pembedahan laser - Selalunya digunakan bagi memusnahkan salur darah yang rapuh dan bocor. Namun hanya sebilangan kecil saja pesakit AMD Basah dirawat dengan prosedur ini. Ada laporan menyebut risiko salur darah baru tumbuh selepas rawatan ini agak tinggi dan memerlukan rawatan ulangan.

  • Terapi photodinamik - Terapi jenis suntikan ini digunakan bagi ‘melekat’ di permukaan salur darah baru sebelum mata anda didedahkan pada sinaran bagi mengaktifkan ubat berkenaan. Prosedur ini tidak menjejaskan tisu yang sihat. Ia juga memperlahankan kadar kehilangan penglihatan anda. Namun ia tidak boleh mengembalikan semula pandangan yang sudah musnah disebabkan AMD peringkat lanjutan.

  • Suntikan - Ia membabitkan pesakit AMD Basah dan bertindak menyekat penumbuhan salur darah baru yang ganjil.

  • The Power of Fruits

    0 comments


    Oleh Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my
    2010/10/31

    Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit

    BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

    Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal.

    Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?

    Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

    “Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.

    “Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.

    Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

    Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

    Khasiat buah-buahan:

  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.


  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

  • Kiwi 
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

  • Pisang 
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

  • Whhoozzz.....

    0 comments












    Friday, October 29, 2010

    Sharing Is Caring

    0 comments

    Sasar terajui segmen peruncitan

    Amir Hamzah Azizan (dua dari kiri) dan Zainal Abidin Othman menunjukkan poster kempen terbaharu, Petronas: The Road Rewards di Ampang, semalam. - Gambar Utusan/Panasonic Lumix


    KUALA LUMPUR 28 Okt. - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) menyasarkan untuk menjadi peneraju segmen perniagaan peruncitan tempatan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, PDB kini semakin menghampiri pesaing utamanya, Shell dan berdasarkan perkembangan semasa, sasaran itu mampu dicapai.
    Beliau berkata, sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan untuk perbelanjaan modal bagi mengembangkan segmen perniagaan peruncitan di seluruh negara.
    "PDB menguasai hampir 32 peratus segmen perniagaan peruncitan tempatan melalui 948 buah stesen minyak di seluruh negara dengan 600 daripadanya mempunyai perkhidmatan kedai serbaneka Mesra.
    "Bagi merealisasikan sasaran itu, PDB akan meningkatkan bilangan stesen minyak kepada 970 buah sebelum tahun kewangan berkahir pada 31 Mac tahun depan," katanya pada sidang akhbar majlis pelancaran kempen Petronas: The Road Rewards di sini hari ini.
    Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Peruncitan PDB, Zainal Abidin Othman.
    Amir Hamzah berkata, pihaknya juga mensasarkan keuntungan sebelum cukai bagi suku kedua tahun ini, akan meningkat berikutan kestabilan harga minyak mentah dunia dan pemulihan ekonomi negara.
    "Kami mencatat sedikit penurunan pada suku pertama berakhir pada 30 Jun lalu tetapi perkara itu tidak menjejaskan sasaran perolehan lebih baik untuk suku kedua," jelasnya.
    Ditanya mengenai kempen terbaharu Petronas, Amir Hamzah berkata, ia memberikan peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM3 juta dengan hanya berbelanja minimum RM30 di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara.
    Kempen ini akan berlangsung selama empat bulan bermula 1 November depan merupakan salah satu langkah yang diambil Petronas untuk menghargai kesetiaan pelanggan dan memberi lebih keseronokan apabila mengunjungi stesen Petronas, katanya.
    Melalui kempen ini, PBD menyasarkan peningkatan sebanyak lima peratus dalam segmen perniagaan peruncitan.
    Kata Amir Hamzah lagi, kempen seperti ini akan memberi impak yang sangat pantas dalam jangka masa pendek kepada Petronas dan pihaknya akan berusaha mengekalkan momentum tersebut melalui pelbagai aktiviti promosi lain pada masa depan.

    Friday, September 3, 2010

    SALAM HARI JUMAAT...

    0 comments
    HEPPI FRIDAY n VERY GUD MONING SEMUA...
    we were in stressed for the past 2 days ago...
    hopefully today akn ada sinar yg baik2 yg utk ktrg sumer nih...
    barang yg lame jgn di kenang lgi.




    humm....x smpai smngu je lagi nk raya..
    perhaps we can do sumting special for our customer out there...
    a very big thank you for staying with us smpai hari ni..:)

    Saturday, August 21, 2010

    PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA

    0 comments



    DIPETIK DARIPADA www.kkk.org.my


    8 Petua Keselamatan Jalan Raya
    PDFPrintE-mail
    Written by Administrator   
    Wednesday, 16 September 2009 17:20
    1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak   fokus, tangguhkan perjalanan anda.
    2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
    3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
    4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
    5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
    6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
    7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
    8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
    (c) 2009 PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) All rights reserved


    For more tips, please visit www.kkk.org.my

    Friday, August 20, 2010

    SEDIKIT SUMBANGAN DI BULAN PUASA NI...

    0 comments


    mak haru tengah bagi kurma kt cstomer tu....
    actly hari2 kite buat program ni...sempena ambik berkat bulan mulia..




    Thursday, August 19, 2010

    Tip-tip Penjagaan Kereta ...

    0 comments

    Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan



    Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin & ia membantu mengesan masalah pada bahagian itu..

    Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus..




    Periksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.

    Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan usia.




    Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan di pandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.

    Tayar yg kekurangan udara menyebabkan kenderaan berat pada bahagain stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.

    Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.


    PETRONAS PRIMAX95 MEMBERIKAN LEBIH KUASA KEPADA KERETA ANDA..DAPATKAN PETRONAS SYNTIUM SERTA BARANGAN PERCUMA DI KEDAI MESRA KAMI SEKARANG..PROMOSI SAH SELAGI MASIH ADA STOK...JADI TUNGGU APE LAGI..DATANG LA SEKARANG !!!...